Dr. Khalif Muammar* Pendahuluan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah merupakan golongan yang selamat (al-firqah al-nājiyah) kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip kebenaran (al-ḥaq) yang diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain sejak generasi pertama, para Sahabat Rasulullah ṣalla’Llāh ‘alayhi wa sallam, sehinggalah ke hari ini. Mereka adalah al-sawād al-a῾ẓam, arus perdana, yang sentiasa dibimbing oleh para ulama’ yang berwibawa dan berautoriti. Para ulama’ besar telah merumuskan dasar-dasar pemikiran dan asas-asas Aqidah berdasarkan kepada ajaran dan Sunnah Rasulullah ṣalla’Llāh ‘alayhi wa sallam dan Sunnah al-Khulafā’ al-Rashidūn raḍiya’Llāh ‘anhum. Selanjutnya para ulama’ penerus dan gergasi pemikiran Islam ini telah berjaya mempertahankan kebenaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah sebagai aliran yang benar berbanding aliran-aliran lain yang telah menyimpang daripada jalan benar. Nike AIR Max 2017 Heren Namun begitu jika masyarakat Islam pada hari ini tidak lagi memiliki ilmu Aqidah yang benar sebaliknya apabila ramai yang jahil sehingga mudah dikelirukan dengan fahaman dan ajaran yang asing dan menyimpang maka berlakulah perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam sehingga ini akan menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan tidak berdaya. Pada hari ini ketika Umat Islam menghadapi pelbagai cabaran yang datang dari luar dan dalam, kemelut dan masalah dalaman dan luaran, sewajarnya kita mencari kembali kekuatan dan rahasia yang dapat menyatukan dan memandu umat ini menjadi umat terulung (khayra ummah). Kekuatan dan rahasia yang kita cari tidak akan dapat kita temukan pada diri orang lain melainkan pada diri umat Islam sendiri, iaitu pada masa lalunya (tradisi Islam). Ini kerana masa lalu telah menjadi bukti nyata akan mungkinnya kemajuan, persatuan dan kecemerlangan dicapai tanpa meninggalkan dan menyisihkan agama daripada kehidupan. Sarjana-sarjana besar, seperti Muhammad Iqbal, sering mengingatkan kita akan pentingnya umat Islam melihat sejenak ke belakang untuk dapat maju ke hadapan. Islam, sabagai agama yang diturunkan kepada seluruh umat manusia dan relevan sepanjang zaman, tentu mengandungi petunjuk yang mampu membimbing seluruh umat manusia untuk mengharungi pelbagai cabaran. Oleh itu semestinya terdapat kaedah dan rumusan yang telah dibekalkan oleh generasi awal (al-salaf al-ṣālih) yang dapat menjadi bekal untuk menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan. Nike Air Max 1 Heren Siapakah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan Apakah Pegangan Mereka? Abd al-Qahir al-Baghdadi (m. 429H/1037M), dalam al-Farq Bayn al-Firaq, menjelaskan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah terdiri dari 8 kelompok: (i). Nike Flyknit Air Max Heren Mutakallimun, atau Ahli ilmu Tawhid, (ii). Nike Air Max Thea Print Heren Ahli Fiqh daripada aliran al-Ra’y dan al-Hadith, (iii). Ahli Hadith,(iv). nike tn rouge Ahli Ilmu Bahasa, (v). Ahli Qiraat dan Tafsir, (vi). Nike Air Max 90 Mid NO SEW Dame Ahli Sufi, (vii) Para Mujahidin, dan (viii). NIKE AIR MAX 2017 HEREN DAME LOVERS ZWART WIT Nike Air Max 2017 Dame Goedkoop Masyarakat awam yang mengikut pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Daripada penjelasan ini dapat disimpulkan bahawa konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ini adalah konsep yang luas yang merangkumi sesiapa sahaja yang mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengikuti Sunnah al-Khulafa’ al-Rashidun. Maka konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak boleh dihadkan kepada kelompok tertentu sahaja daripada kelompok-kelompok di atas. nike air max pas cher Ia bukan hanya merujuk khusus kepada golongan Asha‘irah mahupun Hanabilah dalam pengertian yang sempit, tidak juga merujuk kepada kelompok salafiyyah yang mendakwa berpegang teguh dengan ajaran al-salaf al-salih. Justeru selama mana sesuatu kelompok itu berusaha sedaya upaya berpegang kepada prinsip-prinsip yang disepakati bersama sejak dari generasi al-Salaf al-Ṣālih sehingga prinsip-prinsip Aqidah ini dirumuskan oleh para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah berdasarkan ilmu yang mereka terima daripada al-Salaf al-Ṣālih.[1] Justeru itu kedua istilah ini Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan al-salafiyyah pada hakikatnya bukanlah monopoli suatu kelompok tertentu. Kita perlu sedar bahawa para Imam besar seperti al-Ash’ari dan al-Ghazali juga merupakan ulama’ yang berusaha sedaya upaya mengikuti generasi al-Salaf al-Ṣālih. Para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah telah merumuskan prinsip-prinsip yang menjadi pegangan majoriti umat Islam ini dan rumusan ini disebut dengan tek-teks Aqidah, seperti Maqālāt al-Islāmiyyīn oleh Imam al-Ash‘ari (324H./935M.), al-Farq Bayn al-Firaq oleh Abd al-Qahir al-Baghdadi (m. 429H/1037M), ‘Aqā’id al-Nasafī oleh Imam Najmuddin al-Nasafi (537H./1142M.), al-Aqīdah al-Taḥāwiyyah oleh Abu Ja’far al-Tahawi (321H./933M.), Umm al-Barāhīn oleh Imam al-Sanusi (895H./1490M.), Jawharat al-Tawḥīd oleh Ibrahim al-Laqqani (1041H./1632M.) dan banyak lagi. Mereka ini dikenal sebagai ulama’ ilmu Kalam. Di samping itu para Imam besar juga telah menulis rumusan masing-masing seperti al-Fiqh al-Akbar oleh Imam Abu Hanifah (150H./ 767M.), al-Fiqh al-Akbar oleh Imam al-Shafi’i (204H./820M.), al-Iqtiṣād fi al-Iʻtiqād oleh Abu Hamid al-Ghazali (505H./1111M.). Rumusan Aqidah ini, yang membentuk kerangka epistemologi (epistemic framework) dan pandangan alam (worldview), telah menjadi pegangan umat Islam di seluruh dunia sejak sekian lama dan berjaya memelihara kemurnian aqidah mereka. Oleh kerana itu karya-karya besar mereka ini merupakan warisan yang tidak ternilai bagi umat Islam sehingga ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Nike Free 4.0 V2 Goedkoop Atas alasan apa pun, terutama sekali tuduhan-tuduhan palsu, umat Islam tidak boleh menukarkan bimbingan yang telah mereka berikan dengan cara baru yang ditawarkan oleh golongan yang tidak memiliki kewibawaan ilmu seperti yang terdapat pada para ulama’ besar di atas. Nike Air Presto Schoenen Dame Goedkoop Terdapat beberapa prinsip yang dipegang oleh para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Nike Air Max 2017 Goedkoop Hal ini telah dirumuskan oleh Abd al-Qahir al-Baghdadi, berdasarkan tulisan para imam sebelumnya, kepada 15 perkara yang menjadi prinsip yang dipegang oleh golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah sehingga menjadi garis pemisah dalam menyikapi dengan tegas golongan sesat (ahl-al-ziyag). Prinsip pertama yang ditegaskan dalam rumusan-rumusan tersebut adalah mengenai persoalan Ilmu dan Kebenaran. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menegaskan bahwa ilmu adalah sesuatu yang tetap dan tidak berubah-rubah, ia dapat dicapai oleh manusia apabila manusia memperolehinya dengan saluran yang betul.[2] Kebenaran, oleh kerananya, menurut para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak bersifat relatif ataupun subjektif. Asics Pas Cher Manusia mampu mencapai kebenaran mutlak jika ia memperolehinya dari saluran yang betul dengan cara yang betul dan tidak melampaui batas-batas yang ditetapkan. Kerana itu ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, sebagaimana disebutkan oleh al-Nasafi dan al-Baghdadi, menentang pandangan golongan Sofis (Sufaṣṭā’iyyah, Sophists) yang terdiri daripada kelompok agnostik dan skeptik mengatakan bahwa ilmu dan kebenaran itu tidak mungkin dicapai oleh manusia (al-lā adriyyah-agnostik); kelompok yang mengatakan bahawa kebenaran itu bergantung kepada kehendak manusia (al-‘indiyyah-subjektivis); dan kelompok yang mengatakan bahwa tidak ada manusia yang tahu dan menolak sebarang dakwaan kebenaran (al-‘inādiyyah-keras kepala, degil) sekaligus menolak autoriti sesiapapun termasuk para nabi dan rasul.[3] Pada hari ini prinsip ini jelas sangat relevan dan dapat memberi panduan dalam berhadapan dengan golongan skeptik dan agnostik dari aliran modenisme, subjektivis dan nihilis dari aliran pascamodernisme. Teks Akidah, khususnya ‘Aqā’id al-Nasafī, juga menjelaskan tentang sumber atau saluran ilmu. Bahwa ilmu dapat dicapai oleh manusia melalui pancaindera yang sehat (al-hawāss al-salīmah), berita yang benar (wahyu) dan akal yang sejahtera. Daripada rumusan ini sewajarnya dapat memberikan kita panduan dalam menyikapi ilmu sains dan teknologi dan ilmu lainnya, bahawa umat Islam tidak menolak penelitian empiris dan rasional, induktif dan deduktif, selama ilmu-ilmu ini tidak melampaui batasannya sehingga terlalu diagungkan dan dijadikan ukuran dalam persoalan yang tidak terjangkau oleh pancaindera dan akal seperti yang berlaku dalam peradaban Barat. Para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah juga menegaskan kesesatan golongan Mu’tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, Batiniyyah, Khawarij, Syi‘ah (Rawāfiḍ), dan al-Hashwiyyah. Ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menerima sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan menerangkan kesesatan golongan Mu῾tazilah yang menolak sifat-sifat itu yang bagi mereka tidak dapat diterima oleh akal rasional, sehingga mengatakan bahwa kalam Allah adalah makhluk. Begitu juga golongan Qadariyyah yang menganggap bahwa perbuatan manusia adalah ciptaan manusia, atau golongan Jabariyyah yang menganggap bahawa manusia tidak melakukan perbuatannya melainkan Allah, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengambil jalan tengah dengan mengatakan bahwa perbuatan itu adalah ciptaan Allah tetapi manusia lah yang melakukannya sebagai kasb (perolehan). Ini memberikan kita pengajaran tentang bagaimana menyikapi ayat-ayat dan hadith supaya tidak tergolong dalam orang-orang yang menolaknya (ta‘ṭīl) dengan alasan tidak dapat diterima oleh akal rasional, atau golongan yang cenderung menerimanya secara harfiyyah tanpa pemahaman yang mendalam sehingga menyalahi apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya sendiri. Nike Free Run 3 Goedkoop Dalam teks Aqidah juga dijelaskan tentang autoriti para Sahabat, Ulama, para imam. Nike Air Max 90 Dames Berbeza dengan golongan Syi‘ah (Rawāfiḍ) yang menolak kepimpinan al-Khulafa’ al-Rashidun selain Sayyidina ‘Ali r.a. para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengakui imamah kesemua mereka tanpa prejudis, dan sepakat bahwa kepimpinan setelah Rasulullah ṣalla’Llāh ‘alayhi wa sallam harus melalui pemilihan al-ikhtiyār dan bukan melalui nas (teks). Mereka juga sepakat bahwa para imam yang empat (mazhab fiqh) adalah yang imam-imam yang mu’tabar, perbezaan antara mereka adalah perbezaan khilāfiyyah yang dibenarkan dan ijtihad yang satu tidak membatalkan ijtihad yang lain. Nike Air Max Lunar 90 Heren Nike Air Max Lunar 90 Dame Hal yang sama harus dipakai dalam menyikapi perbezaan antara al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah dalam masalah teologi dan tasawuf, jika Ibn Taymiyyah berbeza dan menyanggah al-Ghazali umat Islam tidak harus menganggapnya satu penyesatan melainkan satu ijtihad yang boleh jadi benar boleh jadi salah (al-khaṭa’ wa al-ṣawāb) bukan persoalan al-ḥaq (benar) dan al-bāṭil (sesat). Nike Free 5.0 V4 Goedkoop Jika ditelusuri dengan lebih lanjut golongan Salafiyyah umumnya berpegang kepada al-῾Aqīdah al-Taḥāwiyyah dan golongan Asha’irah berpegang kepada ῾Aqā’id al-Nasafī yang jika dibuat perbandingan jelas bahwa antara keduanya tidak ada perbezaan prinsip. Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah juga menetapkan prinsip yang bijaksana dalam menghadapi penyimpangan dan kezaliman penguasa. Nike Air Max 2014 Dame nike tn pas cher Jika golongan Khawarij cenderung menyesatkan dan mengkafirkan para pelaku dosa (fāsiq), ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah masih menganggapnya seorang Muslim selagi tidak menghalalkan ma’siat tersebut, atau menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Kerana itu seorang Imam yang fāsiq dan zalim tidak harus dijatuhkan dan dima’zulkan jika pema’zulannya itu akan mengundang fitnah yang besar, tetapi ia harus ditegur dan diganti dengan cara yang baik. Nike Air Max LUNAR90 C3.0 Dame Dalam ‘Aqa’id al-Nasafi dan al-‘Aqidah al-Tahawiyyah disebutkan bahawa Imam (pemimpin Islam) itu tidak dimakzulkan kerana melakukan kezaliman.[4] Pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ini sering dianggap tindakan yang pasrah dan pengecut kerana membiarkan sahaja penguasa melakukan kezaliman dan kefasiqan. Sebenarnya ia adalah tindakan yang bijaksana kerana pemakzulan dan pemberontakan terhadap penguasa yang zalim dan fasiq bukanlah hal yang mudah, ia akan menyebabkan pertumpahan darah dan keadaan huru hara. Nike Air Max 2016 Goedkoop Nike Air Max 2017 Goedkoop Pendekatan ini juga untuk mengelakkan umat Islam dari terjebak dengan kecenderungan ekstrim yang seperti yang dilakukan oleh golongan khawarij yang dengan mudah menghalalkan darah orang Islam. Oleh yang demikian Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah terkenal dengan pendekatan Jalan Tengah (al-wasaṭiyyah wa al-i‘tidāl). Dalam teks-teks akidah disebutkan bahwa Islam menganjurkan pendekatan yang tidak kaku (rigid dan literalis) dan tidak longgar (bayn al-ghuluww wa al-taqṣīr).[5] Kedua-dua pendekatan ekstrim ini tidak dikehendaki oleh Islam kerana hanya mendatangkan keburukan. Pada hari ini prinsip ini semakin relevan kerana kita berhadapan dengan golongan ekstrim kiri (liberalisme) dan ekstrim kanan (radikalisme, ekstrimisme). Air Max 2016 Flyknit Goedkoop air max 90 pas cher (bersambung) ——————- * Dr. Khalif Muammar merupakan Profesor Madya di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation ) (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. [1] Abd al-Qahir al-Baghdadi, al-Farq Bayn al-Firaq.( Beirut: Dar al-Ma’rifah,1994), 282-5. [2] Al-Baghdadi, , al-Farq Bayn al-Firaq, 284. [3] Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id al-Nasafi (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1988). Nike Roshe Run Goedkoop [4] Al-Taftazani, Sharḥ al-‘Aqā’id al-Nasafiyyah. Ahmad Hijazi al-Saqa (penyt.) (Kaherah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah, 1988), 100; S.M.N. al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id al-Nasafi (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1988), 135-136. [5] Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi, Sharḥ al-‘Aqīdah al-Taḥāwiyyah (Beirut: Mu’assasat al-Risalah, 1997), 786; al-Ghazali, al-Iqtiṣād fi al-I῾tiqād (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1983), 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>