Dr Khalif Muammar[1] Muqaddimah Dalam mitologi Yunani terdapat seorang dewa yang bernama Prometheus, dewa ini kononnya telah mencuri api daripada Tuhan untuk diberikan kepada manusia di dunia supaya mereka dapat hidup merdeka. Perbuatan khianat ini telah mendatangkan kemurkaan kepada Zeus, Raja segala dewa. Sebagai hukuman atas perbuatan mencuri itu Prometheus telah diikat di atas batu di sebuah pergunungan bernama Caucasus. Setiap hari helang-helang akan datang untuk memakan hatinya yang sentiasa tubuh semula pada malam harinya. Bagi Barat, Prometheus merupakan simbol penentangan demi mencapai kemerdekaan diri (self-determination) dan kedaulatan manusia (human sovereignty). Inti pati daripada idea ini adalah manusia tidak mempunyai sebab untuk menundukkan diri mereka kepada sebarang kuasa mahupun Tuhan. Dalam bukunya, Liberalism: Ancient and Modern, Leo Strauss (1899-1973) mengatakan bahawa Prometheus merupakan penjelmaan bagi Akal (Intelligence).[2] Ahli Falsafah terkenal di abad Pencerahan, Immanuel Kant (1724-1804), ketika memuji Benjamin Franklin, yang tidak takut untuk memasuki ilmu yang ‘terlarang’, mengatakan bahawa beliau adalah “modern Prometheus”.[3]Di akhir makalah ini penulis akan menjelaskan hubungan antara liberalisme dengan mitos Prometheus. Memahami Liberalisme Di dalam salah satu karyanya yang penting, al-Munqidh min al-Dalal, Imam al-Ghazali (1058-1111) menekankan pentingnya seseorang ilmuwan memahami hakikat sebenar perkara yang dibahaskan sebelum ia layak untuk mengkritik atau menerimanya. Nike Air Max 90 Honeycomb Dame Beliau menegaskan seseorang yang mengkritik sesuatu perkara tanpa terlebih dahulu memahaminya dengan mendalam adalah ibarat orang yang memanah dengan mata yang tertutup.[4] Kerana itu sebarang wacana tentang liberalisme, atau apa-apa ideologi sekalipun, hanya akan bermakna dan berfaedah jika kita telah terlebih dahulu berusaha mendapatkan gambaran yang jelas tentang definisi dan maksud sebenar akan perkara yang dibahaskan itu. Pada masa ini, ketika liberalisme sering diperkatakan baik oleh para pendokong mahupun penentangnya, persoalan definisi belum dibahaskan dengan tuntas, sehingga sering terjadi kecelaruan tentang konsep dan hakikatnya dan ini menyebabkan berlakunya perdebatan yang tidak matang dan dangkal atau superfisial. Edmund Fawcett, dalam bukunya Liberalism: The Life of an Idea, mengatakan bahawa liberalisme adalah istilah yang elusif dan tidak mudah untuk didefinisikan. Nike FS Lite Run Goedkoop Pemaknaan terhadap liberalisme sering berbeza daripada satu kelompok kepada kelompok yang lain.[5] Fawcett memberi contoh bagaimana perkataan liberty yang menjadi ciri khas liberalisme digunakan oleh Karl Marx, Pope Leo XIII, Mussolini dan parti Nazi dengan pemaknaan yang bersesuaian dengan ideologi mereka masing-masing. Kesulitan dalam mendefinisikan liberalisme, menurut Fawcett, diperkuat lagi dengan fakta bahawa liberalisme tidak memiliki tokoh penggagas utama, tanggal kelahiran yang pasti dan riwayat hidup yang jelas, ia sentiasa berkembang dan sentiasa ‘menjadi’. Namun demikian Fawcett juga menjelaskan idea-idea utama yang mencirikan liberalisme dan membezakannya dengan ideologi lain. Berdasarkan kepada penggunaan yang rencam terhadap kata liberal dan liberalisme maka penting untuk dicermati bahawa perkataan liberal dan liberalisme sering merujuk kepada konotasi yang berbeza. Kadang-kadang ia digunakan sebagai istilah yang longgar bermaksud keterbukaan. Kerana dari segi literal perkataan liberal bermaksud terbuka dan lawannya adalah konservatif bermaksud tertutup, dan tidak terbuka kepada kepelbagaian, kemajuan dan perubahan.[6]Dari segi makna literal ini, di mana ianya terlepas daripada worldview yang mewarnai penggunaannya dalam sejarah, liberal dan liberalisme tidak membawa apa-apa konotasi yang negatif. Dengan kata lain, sesiapa sahaja berhak menggunakan perkataan liberal, iaitu terbuka, walaupun ia seorang yang berfahaman komunis, konservatif, fasis, dsb. Nike Lunarestoa 2 Essential Namun demikian, bagi Fawcett liberalisme sebagai suatu istilah yang khusus merujuk kepada suatu ideologi politik yang berseberangan dengan konservatisme, fasisme, dan komunisme. Sebagaimana diterangkan oleh Edmund Fawcett, ideologi politik ini berkembang pada abad ke-19 di Barat. Tetapi ini tidak bermakna bahawa liberalisme hanya muncul pada abad ke-19 kerana jauh sebelum itu falsafah liberalisme telah lama mencorakkan pemikiran masyarakat Barat, terutama tokoh-tokoh pemikir di zaman Pencerahan (Enlightenment). Sebagai ideologi politik liberalisme bersandarkan kepada suatu aliran falsafah tertentu yang membezakannya dengan ideologi yang lain. Edmund Fawcett menyenaraikan empat idea yang menjadi tunjang liberalisme dan membezakannya dengan ideologi yang lain. Empat idea ini adalah: 1. Respect for people in their own right; 2. Conflict is inescapable; 3. Resistance to power; 4. Change is inevitable and good.[7] Mengenai idea yang pertama, iaitu penghormatan terhadap hak sivik individu, golongan liberal percaya bahawa sesiapa sahaja perlu menghormati tujuan hidup, pandangan dan kepercayaan seseorang individu dan tidak memaksakan tujuan dan cita-cita yang datang daripada bukan dirinya sendiri, termasuklah tujuan hidup dan aturan moral yang ditentukan oleh agama. Fawcett menegaskan: “liberals hoped for ethical order without appeal to divine authority[8] (golongan liberal mengharapkan suatu tatanan etika tanpa perlu melibatkan autoriti agama). Dalam perkara ini golongan liberal berlawanan dengan golongan konservatif yang menganggap kebebasan individu dan pilihan peribadinya akan mengancam kepercayaan dan tatanan masyarakat. Air Max 2015 Zwart Wit Goedkoop Air Max 2015 Zwart Blauw Rood Goedkoop Golongan konservatif, di Barat, percaya bahawa autoriti kuasa dan adat tidak dapat diubah dan dipersoalkan. Kedua, golongan liberal percaya bahawa konflik yang berterusan dalam hal-hal berkaitan pelbagai kepentingan dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Keharmonian sosial tidak mungkin dicapai dan usaha ke arah itu adalah suatu kebodohan. Fawcett menambahkan konflik adalah sesuatu yang baik sedangkan kerukunan dan kedamaian adalah sesuatu yang tidak baik, ini kerana kedamaian akan menghalang kreativiti dan sebarang inisiatif. Nike Free 5.0 V4 Goedkoop Justeru mereka beranggapan bahawa konflik jika dijinakkan dapat bertukar kepada perlumbaan yang akan menatijahkan kebaikan. Dalam hal ini golongan liberal berlawanan dengan golongan sosialis yang percaya bahawa konflik dapat dihapuskan apabila punca-punca konflik iaitu ketidaksamarataan material dapat diatasi. Ketiga, golongan liberal melihat kuasa manusia sebagai sesuatu yang kejam. Kekuasaan manusia ke atas manusia lain cenderung kepada kesewenangan kecuali jika dilawan dan dihalang. Ini bermakna liberalisme sentiasa menanamkan rasa kecurigaan dan penentangan terhadap segala bentuk autoriti yang dipegang oleh manusia. Oleh kerana penguasa semestinya berkepentingan, maka kewujudan penguasa yang adil adalah mustahil. Perlawanan terhadap kekuasaan adalah suatu kemestian, dan ini memerlukan keengganan untuk tunduk dan wujudnya pencegahan agar penguasaan suatu kepentingan, kepercayaan mahupun golongan tertentu tidak berlaku. Keempat, sifat manusia dan masyarakat adalah dinamik. Mereka selalu berubah, dan perubahan itu sendiri adalah sesuatu yang baik. Oleh kerana itu perlu ada batasan moral bagi mengawal bagaimana negara mengatur rakyatnya. Penguasa diwajibkan menghormati masyarakat seadanya, tidak boleh menghalang atau mengganggu masyarakat dalam melaksanakan aktiviti dan kepercayaan masing-masing (superior power should not obstruct or intrude on people in pursuit of their chosen enterprises or beliefs). Fawcett juga menjelaskan bahawa dengan kemunculan liberalisme cara pemikiran ‘dogmatik’ musnah kerana manusia telah menjauhkan diri mereka daripada autoriti dalam perkara-perkara spiritual dan moral.[9] Demikianlah gambaran ringkas liberalisme sebagai falsafah politik yang dikemukakan oleh Fawcett. Nike Air Max 90 VT Dames Jelas bahawa meskipun liberalisme yang dibahas terhad kepada pengertiannya dari segi falsafah politik, namun ia tidak terpisah dan merupakan sebahagian daripada falsafah liberalisme sebagai suatu kepercayaan (creed) dan cara hidup. Dalam bukunya ini Fawcett, sebagaimana kebiasaan para sarjana Barat pada umumnya, melakukan kesilapan yang besar apabila meletakkan Islam sejajar dengan fasisme, komunisme, dan autoritarianisme yang menjadi lawan kepada liberalisme. Dalam bukunya itu beliau telah menggelar sistem politik Islam sebagai theocratic Islamism. Dalam fikiran beliau sudah tentu istilah ini merujuk kepada negara-negara teokratik seperti Iran dan beberapa negara lain yang meletakkan golongan agama (clergy) di tampuk pemerintahan dan memaksakan Islamisasi kepada rakyatnya. Ini menunjukkan bahawa kefahaman beliau tentang Islam sangat dangkal sehingga berpandukan kepada apa yang digambarkan oleh media dan buku-buku popular. Jika beliau mahu mengkaji dengan lebih mendalam sedikit sudah tentu beliau akan dapat membezakan aliran pemikiran yang diamalkan oleh di Iran berbeza dengan aliran pemikiran Sunni yang menjadi pegangan majoriti umat Islam. Oleh kerana itu pengamalan politik di negara ini tidak sepatutnya mewakili pemikiran politik Islam. Sistem politik Islam tidak dapat dikategorikan kepada sistem teokrasi mahupun autoritarian sebagaimana yang selalu digambarkan oleh ramai Orientalis. Penjelasan tentang hal ini memerlukan ruang perbicaraan yang lain. Perkataan liberty dan freedom jika dilihat dari segi bahasa, asal perkataan semata, bermaksud keadaan yang bebas. Di sini faham liberty / freedom (liberalisme) adalah faham yang menegaskan kebebasan yang tabi’i bagi manusia. Seperti yang kita sedia maklum manusia diciptakan bebas, dengan maksud bahawa ia tidak dilahirkan sebagai hamba kepada orang lain, ini bermakna ia tidak sepatutnya berada dalam belenggu ciptaan manusia. Maka makna liberalisme dari segi bahasa atau lebih tepatnya liberty adalah antitesis kepada perhambaan, penindasan dan keadaan tertawan. Dari sudut ini kita tidak perlu menolak pemaknaan yang harfiah dan horizontal ini. Di sudut lain Islam menggariskan bahawa dari segi vertikal, manusia adalah hamba kepada Tuhan. Hakikat ini tidak mungkin dapat dihapuskan, iaitu manusia tidak mungkin bebas daripada Tuhan, kerana manusia selamanya berhutang akan kewujudannya kepada Tuhan. Oleh kerana itu, din, agama, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah keberhutangan (indebtedness).[10] Oleh yang demikian penerimaan seorang Muslim terhadap konsep liberty hanya terbatas pada makna literal yang horizontal dan bukan vertikal. Adapun liberalisme pada perkembangan sejarahnya merupakan istilah yang sarat nilai (value-laden). Faham yang lahir daripada pengalaman sejarah Barat dan merupakan produk budaya dan pemikiran masyarakat Barat. Liberalisme dalam pengertian ini mengandungi nilai-nilai, falsafah dan worldview yang dianut oleh pemikir-pemikir Barat. Oleh yang demikian, definisi liberalisme yang diberikan oleh Encyclopaedia Brittanica adalah: “liberalism is a creed, philosophy and movement which is committed to freedom as a method and policy in government, as an organizing principle in society and as a way of life for the individual and community.”[11] Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa liberalisme merupakan suatu kepercayaan (creed), falsafah hidup, dan gerakan yang meletakkan idea kebebasan sebagai prinsip tertinggi dan dominan dalam usaha untuk membebaskan manusia daripada sebarang kawalan moral dan menggantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu dan masyarakat. Definisi yang diberikan oleh Encyclopaedia Brittanica ini tentunya merupakan definisi yang diterima pakai oleh sarjana Barat pada umumnya dan kerana itu ia adalah definisi yang autoritatif. Dapat disimpulkan di sini bahawa liberalisme bukan hanya suatu ideologi politik, tetapi merupakan suatu kepercayaan, cara hidup yang mengatur masyarakat Barat pada umumnya. Sebagai suatu faham tentang kehidupan, ia memiliki asas, tiang dan prinsip-prinsip yang dibangunkan oleh para pemikirnya. Para ideolog inilah yang bertanggungjawab menggariskan maksud, prinsip-prinsip dan hala tuju liberalisme. Sebahagian daripadanya baik dan sebahagian yang lain adalah buruk jika dinilai daripada kacamata Islam. Pemikir-pemikir Liberalisme Rene Descartes (1596-1650) meskipun tidak dianggap sebagai pengasas kepada liberalisme namun beliau adalah antara pemikir yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada modernisme dan sekularisme di Barat. Dengan rumusan cogito ergo sum-nya Descartes telah memulakan satu anjakan paradigma daripada metafizik yang theocentric (berpusat kepada Tuhan) kepada metafizik yang anthropocentric (berpusat kepada manusia). Falsafah Descartes juga telah mengangkat keraguan (doubt) dan skeptisisme ke tempat yang tinggi bagi menggantikan bagi menggantikan peranan yang dimainkan oleh agama.[12] Sekularisme muncul sebagai falsafah yang mendasari usaha pembebasan (emancipation) manusia daripada autoriti Tuhan dan Gereja. Nike Free 3.0 V4 Goedkoop Sejak Descartes, dualisme menjadi ciri pemikiran Barat. Pertama sekali berlaku dualism antara jasad (body) dengan akal (mind). Seterusnya berlaku dualisme antara manusia dengan Tuhan, akal dengan wahyu, sains dengan gama menjadi asas kepada sekularisme dan seterusnya liberalisme. Kerana itu menuruti Harvey Cox, sekularisme adalah: “the deliverance of man, first from religious and then from metaphysical control over his reason and language”.[13] Adapun sekularisasi adalah: “the liberation of man from religious and metaphysical tutelage, the turning of his attention away from other worlds and toward this one”.[14] Melihat kepada definisi sekularisme ini jelas terdapat pertindihan antara liberalisme dengan sekularisme. John Locke (1632-1704), yang sering dipanggil sebagai the father of liberalism, adalah orang yang pertama menggagaskan idea limited government, natural rights, konstitutionalisme di Barat. Tetapi dalam masa yang sama juga Locke mencanangkan pemisahan antara agama dan negara sehingga bermulanya sekularisasi dalam politik. Nike Air Max 90 Mid NO SEW Dame John Locke lebih lanjut menegaskan: “The whole power of civil government is concerned only with men’s civil goods…civil government is confined to the care of things in this world, and has nothing to do with the world to come”.[15] Liberalisme klasik yang dicanangkan oleh John Locke adalah respon kepada sistem absolutis dalam politik dan pemerintahan yang despotik dan tidak toleran. Sememangnya idea limited government, konstitusionalisme adalah idea yang baik, dan sebenarnya telah pun mencirikan sistem politik Islam sebelum Locke, namun tidak ramai yang memberi perhatian terhadap fakta bahawa Locke juga memiliki idea-idea yang ‘anti liberal’ seperti pandangannya tentang orang-orang natif Amerika (Indians) yang dianggap sama dengan binatang buas sehingga mereka wajar dibunuh dan dihapuskan.[16] Idea-idea yang dikembangkan oleh Locke, sebagai pencetus liberalisme yang awal, sebenarnya adalah hasil pengaruh peradaban Islam. Nike Air Max Heren Goedkoop Idea tentang toleransi beragama, hak memiliki harta, penolakan terhadap hak ketuhanan raja (divine right of kings), idea bahawa semua manusia diciptakan sama (all men are born equal), dalam pengertian sama-sama merdeka, semua ini bukanlah idea baru yang hanya mula diperkatakan oleh Locke, tetapi telah pun diperkatakan oleh para sarjana Islam seawal Abu Yusuf (729-798), al-Mawardi (972-1058) dan al-Ghazali (1058-1111) dalam karya-karya mereka. Justeru terdapat banyak indikasi bahawa dalam mengembangkan idea-idea di atas Locke telah dipengaruhi oleh karya-karya para sarjana Muslim.[17] Maka penting untuk ditegaskan di sini bahawa idea-idea liberalisme yang awal pada dasarnya adalah idea-idea yang baik dan bersesuaian dengan ajaran Islam kerana itu tiada sebab untuk orang Islam menolaknya. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana idea-idea itu kemudian berkembang di Barat, di mana pandangan alam (worldview) yang sekular dan liberal kemudian mewarnainya sehingga menjadi idea-idea yang bertentangan dengan Islam secara khususnya dan agama secara umumnya. Pada zaman Pencerahan (Enlightenment), iaitu abad ke-18 Eropah, liberalisme mengalami perubahan yang besar. Liberalisme menjadi antitesis kepada agama dan menjadi simbol perlawanan antara manusia Barat terhadap insititusi agama, iaitu gereja. Jika pada sebelum zaman Pencerahan agama pada umumnya mengajarkan kepastian, bagi pemikir liberal kepastian itu sendiri dianggap sebagai khurafat. Voltaire (1694-1778) meskipun menurut Russell merupakan penyebar falsafah Inggeris ke Perancis namun ternyata mempunyai pandangan yang tersendiri yang lebih radikal.[18] Antara lain beliau berkata: “adalah suatu yang sangat penting untuk meragukan setiap fakta dan menentang segala autoriti” (it is vitally important to doubt every fact and to challenge all authority). Beliau juga mengatakan: “tidak ada autoriti, walau suci macamana pun, boleh terkecuali daripada penentangan oleh akal kritis” (no authority, no matter sacred, should be immune from challenge by critical reason).[19] Bahkan bagi Voltaire kebebasan moral patut dijelmakan pada kebebasan seksual. Nike Air Max 90 Hyperfuse Dames Baginya hedonisme adalah perkara yang baik kerana ia juga menyumbang kepada kemajuan masyarakat melalui pulangan ekonomi.[20] Voltaire jugalah yang menegaskan kebebasan bersuara, dalam artikel bertajuk Liberty of the Press, di mana beliau mengatakan bahawa seseorang itu berhak memperkatakan apa sahaja yang diingininya tanpa apa-apa sekatan, meskipun apa yang diperkatakannya itu boleh menimbulkan kekacauan. Pendirian seperti inilah yang mempengaruhi gaya penerbitan Charlie Hebdo yang merasakan mempunyai hak untuk menghina sesiapa sahaja termasuk agama, Tuhan, dan Nabi Muhammad salla’Llah ‘alayhi wa sallam dengan alasan kebebasan bersuara. Serangan terhadap agama semakin rancak dilakukan oleh David Hume (1711-1776), seorang pemikir abad Pencerahan yang terkenal dengan faham skeptisisme. Hume mengatakan bahawa hakikat Tuhan adalah misteri dan tidak dapat difahami oleh akal. Oleh kerana itu, bagi Hume, kita tidak dapat memperkatakan sesuatu apa pun tentang sifat baik dan kesempurnaan Tuhan. Alasan yang dikemukakan oleh Hume adalah: 1. Jika Tuhan telah mentakdirkan segala yang berlaku maka Tuhan juga bertanggungjawab terhadap keburukan dan kejahatan yang berlaku di muka bumi. 2. Jika Tuhan merupakan pelaku sebenar akan kejahatan di muka bumi, maka tidak ada individu manusia yang harus dipertanggungjawabkan di atas jenayah yang dilakukannya, dan pada realitinya tidak berlaku sedemikian. Maka kesimpulan Hume daripada hujah ini adalah jika Tuhan itu wujud maka Tuhan juga perlu menanggung kesalahan dan celaan. Malah beliau mengatakan kita harus menghukum Tuhan sebagaimana kita menghukum manusia di atas apa yang berlaku di muka bumi. Hume menolak kewujudan Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha berkuasa. Skeptisisme telah menghantar Hume kepada keraguan tentang kewujudan Tuhan itu sendiri, menurutnya jika ada sebab bagi kewujudan manusia, ia tidak semestinya dikeranakan oleh Tuhan.[21] Menurut Hume agama bukanlah sumber bagi moraliti. Kerana baginya moraliti atau akhlak adalah sesuatu yang sedia ada dalam diri manusia dan bukan hasil daripada beragama.[22] David Hume dan Immanuel Kant (1724-1804) telah mula membicarakan tentang kebebasan manusia daripada penjagaan moral (ethical tutelage) yang dilakukan oleh agama. Zaman Pencerahan ditandai dengan wacana kemerdekaan diri (self-determination) manusia. Dalam risalahnya What is Enlightenment? Kant menegaskan bahawa manusia perlu berani menggunakan akalnya tanpa arahan daripada sesiapapun.Baginya tiada alasan mengapa manusia perlu menundukkan dirinya terhadap apa-apa kuasa termasuk Tuhan.[23]Mengenai kebenaran Kant menggariskan bahawa kebenaran hanya berpunca dari pengalaman manusia, maka sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara empirik tidak dapat diketahui kebenarannya: “all knowledge of things merely from pure understanding or pure reason is nothing but sheer illusion; and only in experience is there truth”.[24] Falsafah liberalisme semakin jelas dan luas pengaruhnya setelah kemunculan John Stuart Mill (1806-1873). Mill yang berangkat daripada aliran utilitarianisme mendefinisikan kebahagiaan dengan keseronokan (pleasure). Nike Air Max 90 II CamouflagDame Kerana itu menurutnya seseorang itu akan mencapai kebahagiaan apabila ia diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mendatangkan keseronokan (pleasure), meskipun apa yang dilakukannya itu boleh mendatangkan kecederaan ke atas dirinya sendiri. Nike Free Run 2 Goedkoop Ini kerana menurut Mill, seseorang individu itu berkuasa sepenuhnya terhadap dirinya sendiri.[25]Oleh itu ia tidak perlu tunduk kepada autoriti apa pun. Mill menegaskan bahawa masyarakat harus membenarkan setiap individu memiliki kebebasan untuk mencapai kebahagiaan masing-masing.Setiap individu adalah bebas untuk berfikir dan bertindak mengikut kemahuannya bagi mencapai potensi-potensinya. Bagi Mill jika individu itu dibatasi kebebasannya maka kemajuannya juga akan terbatas. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menjamin hak ini dan tidak sepatutnya meletakkan apa-apa batasan (restriction) bagi kebebasan individu ini melainkan jika tindakan seseorang itu mendatangkan kecederaan kepada orang lain.[26]Di sini kita dapat melihat hubungan yang erat antara liberalisme dengan individualisme.Bagi mereka individu itu adalah pusat yang perlu diberikan perhatian yang lebih penting berbanding masyarakat.Justeru masyarakat lah yang perlu mengalah dan member laluan kepada kehendak individu.Pemikiran Mill inilah yang mendasari semangat liberalisme sehingga ke hari ini seperti mana yang jelas kelihatan pada rumusan yang diberikan oleh Fawcett di atas. Konsep kebebasan yang diutarakan oleh Mill secara tidak langsung telah mengetepikan aturan moral dan nilai-nilai murni yang digariskan oleh agama. Falsafah liberalisme yang dicanangkan oleh Mill, juga pemikir-pemikir liberalisme yang lain, telah menjadi sandaran yang kuat bagi golongan LGBT untuk mendapatkan ‘hak’ mereka. Kerana itu menurut falsafah ini tiada lagi halal dan haram, aturan dan sekatan, masing-masing individu bebas melakukan apa sahaja yang sebelum ini oleh masyarakat dianggap buruk dan perlu dijauhi. Falsafah liberalisme ini jugalah yang menjadi sandaran bagi negara-negara Barat memberi kebebasan terhadap pornografi, pengguguran kandungan (abortion), dan aktiviti pelacuran. Dapat kita pastikan di sinilah bermulanya kehancuran moral masyarakat Barat yang telah merebak ke mana-mana, keruntuhan moral yang didokong oleh hujah-hujah rasional para sarjana mereka.Sebarang bentuk pengharaman terhadap perkara-perkara di atas, meskipun jelas kemudaratannya kepada individu dan masyarakat, dianggap sebagai suatu penindasan (tyranny). Nike Darwin Goedkoop Dalam kajiannya terhadap sejarah liberalisme, Losurdo menjelaskan bahawa pengamalan liberalisme sebenarnya tidaklah sebaik yang sering digambarkan oleh sarjana-sarjana liberal. Nike Air Max 90 BR Heren Justeru Losurdo memberikan banyak contoh bagaimana para pejuang kebebasan adalah juga pada yang masa yang sama merupakan pejuang perhambaan (champions of liberty are at the same time champions of slavery). Realitinya liberalisme di Barat adalah sebuah paradoks.[27] Mill dilaporkan berkata bahawa despotism ke atas bangsa-bangsa yang merupakan masih berada di ‘bawah umur’ (underage) dan merupakan kewajipan mereka untuk tunduk secara mutlak agar mereka dapat diletakkan pada jalan kemajuan. Kerana itu perhambaan adalah kadang-kadang merupakan suatu kemestian untuk memasukkan mereka dalam pekerjaan dan menjadikan mereka berguna bagi ketamadunan dan kemajuan. Locke juga dilaporkan oleh Losurdo sebagai berkata bahawa kebebasan hanya untuk para tuan bukan untuk hamba.[28] Jika sekularisme adalah semangat zaman yang mencirikan Barat pada abad ke-17, liberalisme adalah semangat zaman pada abad-abad seterusnya. Jika sekularisme boleh diumpamakan seperti akar bagi peradaban Barat, maka liberalisme adalah batangnya, nilai, idea dan prinsip yang membentuk cara berfikir dan cara hidup masyarakat Barat. Setelah falsafah Barat sampai kepada kesimpulan bahawa kebenaran tidak lagi bersifat mutlak, sebaliknya bersifat subjektif dan nisbi oleh kerananya tidak menjadi perhatian besar dalam perbincangan falsafah, pemikir Barat pada umumnya mengangkat kebebasan (liberty) sebagai idea dan prinsip yang tertinggi. Meskipun terdapat beberapa pemikir dan failasuf Barat yang masih meletakkan kebenaran lebih tinggi dari prinsip yang lain, seperti Mortimer Adler,[29] namun pergeseran telah berlaku kerana kebenaran telah menjadi kabur. Nike Flyknit Air Max Heren Bahkan ramai sarjana Barat melihat bahawa idea dan prinsip kebebasanlah yang mewarnai peradaban Barat dan menjadi ‘sumbangannya’ yang terbesar kepada dunia.[30] Kepercayaan ini bukan hanya dipegang oleh kalangan liberal tetapi juga di kalangan ahli teologi mereka sendiri seperti Michael Novak yang mengatakan bahawa kebebasan adalah pusat alam semesta (liberty is the axis of the universe).[31]Bahkan Roger Scruton, dalam bukunya Liberty and Civilization, telah berusaha membuktikan bahawa idea dan prinsip kebebasan ini memiliki akarnya pada tradisi Yahudi-Kristian.[32] Kita tidak menafikan adanya kebaikan pada idea-idea yang dinyatakan oleh tokoh liberal seperti John Locke dan John Jacques Rousseau (1712-1778).Selama mana idea-idea seperti pemerintahan yang terbatas (limited government), kedaulatan undang-undang (rule of law), keluhuran perlembagaan (constitutionalism) ini bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam. Nike AIR Max 2017 Dames Air Max Thea Goedkoop Sebagai orang Islam yang mengkaji sejarah Islam dan Barat, sewajarnya kita tahu bahawa idea-idea di atas bukanlah idea baharu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Barat kerana ilmuwan-ilmuwan Islam seperti al-Mawardi (972-1058), al-Ghazali (1058-1111), Ibn Khaldun (1332-1406) telah membicarakannya dalam karya-karya mereka.[33] Liberalisme diterima oleh masyarakat Kristian di Barat dan tiada pilihan bagi mereka melainkan tunduk kepada liberalisme, kerana mereka tidak dapat menahan arus deras liberalisme yang terlalu kuat menerjah sendi-sendi kepercayaan mereka. Perlawanan liberalisme terhadap agama Kristian juga juga memiliki alasan yang kuat akibat kelemahan-kelemahan yang wujud dalam agama mereka. Namun Islam tidak sama dengan Kristian. Jika agama Kristian terpaksa tunduk pada sekularisme dan liberalisme akibat kegagalan gereja dalam memimpin masyarakat Barat ke arah kemajuan dan pembangunan. Kegagalan serupa tidak dapat disematkan kepada Islam. Pada hari ini golongan sekular dan liberal pada umumnya melakukan generalisasi bahawa semua agama adalah anti kemajuan, konservatif, teokratik, irrational (tidak rasional), berdasarkan pengalaman mereka terhadap agama Kristian. Walhal kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam agama Kristian tidak terdapat pada Islam, dan kerana itu Islam selayaknya mendapat perlakuan yang berbeza. Liberalisme mungkin telah berhasil mengatasi konservatisme, sosialisme, fasisme dan autoritarianisme kebangsaan, ia mungkin merasa berhasil muncul sebagai juara kepada ideologi-ideologi saingannya, namun suatu perkara yang sebenarnya mereka belum dapat atasi adalah Islam, kerana Islam bukan ideologi ciptaan manusia. Meskipun Fawcett ada menyebut tentang theocratic Islamism, yang menjadi salah satu lawan kepada liberalisme, di sini Fawcett keliru dalam meletakkan Islam dengan praktik teokrasi yang diamalkan oleh negara seperti Iran. Tentunya ini adalah penilaian yang tidak adil terhadap Islam. Kesilapan ini banyak dilakukan oleh Orientalis dalam kajian mereka terhadap Islam. Praktik politik yang diamalkan di Iran tidak sewajarnya dinisbahkan kepada Islam. Islam perlu dibezakan dengan ideologi dan isme ciptaan manusia. Islam tidak boleh dirujuk kepada pentafsiran yang sempit dan melampau. Islam sebagai agama (din) dan cara hidup, yang memiliki worldview dan cara pandang tersendiri dalam hal-hal politik, ekonomi, moral, dsb. Perkara ini memungkinkan kerana terdapat kestabilan dan keanjalan (dynamic stabilism)[34] yang menyebabkannya mampu mengharungi cabaran zaman. Agama ini telahpun membangun peradaban di timur dan di barat, yang membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan, penindasan, pengkastaan, perhambaan dan mengangkat harkat dan darjat masyarakat berbilang kaum dan budaya menjadi manusia-manusia yang bertamadun dan berakhlak mulia. Islam mengikut pengertian yang sebenar ini dan bukan mengikut salah tafsiran dan penyelewengan yang dilakukan oleh Shi’ah, Wahabi dan ISIS, telah dan selalu mengatasi liberalisme, dan bahkan mampu menunjukkan kecelaruan dan kesilapan liberalisme, baik sebagai falsafah politik, falsafah moral, mahupun sebagai pandangan alam (worldview). bersambung… karangan ini telah disiarkan di portal IKSIM Nota hujung [1]Prof. Madya Dr. Nike Air Max 90 Heren Khalif Muammar A. Harris bertugas sebagai pensyarah di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia dan merupakan Felo Utama di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). [2] Leo Strauss, Liberalism: Ancient and Modern (Chicago: Chicago University Press, 1968), 42. [3] I. Bernard Cohen, Benjamin Franklin’s Science (Cambridge: Harvard University Press, 1990), 157. [4] Imam Al-Ghazali, al-Munqidh min al-Dalal dalam Majmu‘at Rasa’il al-Imam al-Ghazali (Kaherah: Maktabah al-Tawfiqiyyah, tt.), 578. [5] Edmund Fawcett, Liberalism: The Life of an Idea (New Jersey: Princeton University Press, 2014), 2. [6] Penggunaan kata liberal dalam Rukun Negara Malaysia adalah salah satu contohnya di mana disebutkan bahawa “Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak”. Jelas bahawa yang dimaksudkan di sini adalah sikap terbuka yang diamalkan di Malaysia bagi menjamin perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan budaya, dan tidak sama sekali memberi gambaran bahawa Malaysia menerima liberalisme sebagai ideologi politik mahupun sebagai falsafah negara. Oleh yang demikian adalah tidak wajar untuk seseorang berkesimpulan bahawa wujudnya perkataan liberal dalam Rukun Negara menjadi bukti kukuh bahawa liberalisme bersesuaian dengan falsafah negara. Nike Air Max Lunar 90 Dame Nike Air Max LUNAR90 C3.0 Heren [7] Fawcett, Liberalism: The Life of an Idea, 10-15. [8]Fawcett, Liberalism: The Life of an Idea, 5. [9] “Dogmatic ways of thought were vanishing as people turned away from authorities in spiritual and moral matters”, Liberalism: The Life of an Idea, 41. [10] Lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena To The Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), 42-49. Profesor al-Attas juga menjelaskan: “Submission in the sense described above means conscious, willing submission, and this submission does not entail loss of ‘freedom’ for him, since freedom in fact means to act as his true nature demands”, hlm. 52. [11]Encyclopaedia Brittanica, (1963), 13: 988-991. [12]Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism (Kuala Lumpur: ISTAC, 1993), 33 dan seterusnya. [13] Harvey Cox, The Secular City (New York: Collier Books, edisi ke 25, 1990), 1. Maksudnya: “pembebasan manusia pertama-tama daripada kawalan agama dan kemudian daripada metafizik terhadap akal fikirannya dan bahasanya”. [14] Maksudnya: “Sekularisasi adalah pembebasan manusia daripada aturan agama dan metafizik, pengalihan pandangan manusia daripada alam lain kepada ala mini”. The Secular City, 15. [15] John Locke, A Letter Concerning Toleration (Oxford: Clarendon Press, 1968), 71. [16] Dominico Losurdo, Liberalism: A Counter-History (London: Verso, 2014, diterbitkan pertama kali pada 2011), 24-25. Beliau merujuk kata-kata John Locke dalam Two Treatises, 122. [17] Untuk penjelasan lanjut sila lihat makalah penulis bertajuk “Agama dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan yang Ekstrim” yang dibentangkan pada Simposium Pemikiran Politik Islam, anjuran MUIS bertempat di UNITEN, 25 Oktober 2014. [18]Bertrand Russell, History of Western Philosophy (London: Routledge, 2004), 552. [19]Shank, J.B., “Voltaire”, The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Fall 2015 Edition), Edward N. Zalta (ed.), URL = <http://plato.stanford.edu/archives/fall2015/entries/voltaire/>. Nike Air Presto Schoenen Goedkoop [20]Ibid. [21] David Hume, Dialogues Concerning Natural Religion, suntingan D. Coleman (Cambridge: Cambridge University Press, 2007), 10.34/201. [22] David Hume, The Natural History of Religion, Suntingan T.L. Beauchamp, (Oxford & New York: Clarendon Press, 2007), 14.7. [23] “An Answer to the Questions: ‘What is Enlightenment?”. By Immanuel Kant. Translation by H.B. Nisbet. Kant’s Political Writings (Cambridge University Press, 1970), halaman 54-60. [24] Immanuel Kant, Prolegomena to Any Future Metaphysics (Chicago: The Open Court Publishing, 1912) 151. [25]John Stuart Mill, On Liberty (London: Longman, Green, tt.), 22. Mill mengatakan: “Over himself, over his own body and mind, the individual is sovereign”. [26]Mill, On Liberty.22, 26, 27. [27] Lihat Dominico Losurdo, Liberalism: A Counter-History, 3-4. [28] Ibid., 7, 225. [29] Mortimer J. Adler, Six Great Ideas (New York: Touchstone, 1981). [30] Lihat Roger Scruton (ed.), Liberty and Civilization: The Western Heritage (New York: Encounter Book, 2010). [31]Ibid., 131. [32] Ibid. [33] Lihat makalah penulis bertajuk “Agama dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan yang Ekstrim” yang dibentangkan pada Simposium Pemikiran Politik Islam, anjuran MUIS UNITEN, 25 Oktober 2014. [34] Istilah dan konsep yang perkenalkan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud untuk merujuk kepada konsep thawabit dan mutaghayyirat dalam buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib al-Attas (Johor Bahru: Penerbit UTM, 2011), 50.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>