Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) merupakan sebuah organisasi yang mempunyai gagasan dan misi yang bersifat ilmiah dan intelektual. Dengan berteraskan prinsip ilmu adalah keutamaan tertinggi dan berbekalkan semangat ingin mengembalikan kegemilangan tradisi dan budaya Ilmu Islam. Perkumpulan ini ditubuhkan sejak tahun 2002 dan secara berterusan menjalankan majlis dan wacana ilmiah.

Penubuhan HAKIM adalah berlatarbelakangkan keprihatinan terhadap kemelut pemikiran dan ilmu yang berlaku di kalangan generasi muda dewasa ini. Di asak dengan budaya mengejar diploma dan tuntutan kerjaya ditambah dengan budaya hiburan dan lepas bebas yang melampau, generasi muda terutama golongan mahasiswa telah tidak lagi serius dalam menekuni ilmu. Mereka telah kehilangan kekuatan berfikir dan keupayaan menganalisa secara pelbagai isu dan faham yang timbul di kalangan masyarakat. Mereka tidak lagi berminat untuk membahaskan mauduk-mauduk yang serius jauh sekali untuk menghasilkan ide-ide besar yang mampu menawarkan penyelesaian terhadap pelbagai kemelut yang melingkari masyarakat Islam.

Generasi muda tidak lagi menjadi tunjang kepada pembinaan tamadun pemikiran dan sekiranya ini tidak selesaikan, maka masa depan tamadun ilmu Islam berada di dalam keadaan yang amat genting dan membimbangkan. Penubuhan HAKIM adalah usaha proaktif bagi mengatasi masalah ini dari berterusan. Walaupun penubuhan ini bermula dengan dalam bentuknya yang kecil, namun ia diharapkan dapat memulakan satu arus baru dalam kebangkitan semula generasi muda yang kukuh asas pemikirannya seterusnya membawa kepada kejayaan dalam pembinaan semula tamadun ilmu Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>